Perniagaan online hari ini bukanlah asing seperti 10 tahun lepas. Ketika lebih 10 tahun lepas kami menjalankan perniagaan online, rata-rata memandang rendah dan musykil adakah perniagaan online seperti ini relevan dan boleh menjana pendapatan. Teruskan membaca info dropship terkini di sini. Adakah dengan menjadi dropship, agent atau stokis sahaja boleh menjana pendapatan yang lumayan? Ini semua cerita 10 tahun lepas lah. Hari ini semua berlumba-lumba ingin menjalankan perniagaan online dengan bermula sebagai dropship.

Walaubagaimanapun, dek kerana lambakan bisnes online dan produk yang timbul. Ramai yang keliru bisnes macam mana patut mereka ceburi. Adakah mereka perlu jadi agent, dropship, ataupun stokis. Berapakah modal yang perlu dikeluarkan? Adakah dengan modal yang dikeluarkan itu menjamin kelancaran bisnes mereka?

Jangan risau, anda di tepat yang betul. Kerana kami di Dropship Malaysia merupakan entiti yang sudah bergiat lebih 10 tahun dalam bisnes online di Malaysia, Singapura dan Brunei. Kami juga pernah melalui zaman-zaman kegemilangan jatuh bangun menjadi dropship, agent, stokis dan juga pernah menghasilkan produk jenama sendiri. Alhamdulillah sejak menjalankan perniagaan bisnes online, sehingga kini ia masih menjadi punca pendapatan utama kami.

Hari ini anda akan belajar sedikit sebanyak apa itu dropship dan juga perbezaan dengan agent, stokis dan bagaimana anda ingin pilih bisnes dropship yang betul tanpa risiko rugi atau membuang masa anda.

Perbezaan dropship, agent, dan stokis.

Dropship

Dropship ni satu konsep bisnes yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan bisnes internet atau bisnes online sebab tak perlu keluarkan modal dan simpan stok. Amat sesuai untuk mereka yg baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes online. Dropship ini biasanya dijaga atau mendaat tunjuk ajar dari agent.

Peniagaan secara Dropship ini amat sesuai untuk golongan yang sibuk tetapi ingin mencari duit sampingan dengan buat bisnes online macam student, orang kerja kerajaan/swasta, cikgu & blogger. Dengan adanya sistem dropship ini, kerja mereka jadi lebih mudah. Just buat iklan dan kumpul tempahan sahaja.

Agent

Agent biasanya perlu simpan stok sendiri. Tetapi kuantitinya tidak terlalu besar. Contohnya 10 unit. Jadi jika modal produk tersebut RM40, mereka perlu laburkan RM400 sebagai modal untuk menjalan bisnes sebagai agent sesuatu produk.

Agent ini banyak kelebihannya juga, kerana anda dapat uruskan tempahan sendiri, sebab stok ada di tangan anda. Dan anda jga berpeluang untuk menawarkan dropship kepada peniaga dropship yang lain. Akan tetapi, jika produk yang anda modalkan itu tidak laku, anda perlu tanggung kerugianya.

Stokis

Stokis merupakan level paling tinggi dalam perniagaan online sesuatu produk yang menawarkan sistem agent. Biasanya jika anda ingin jadi stokis, anda peru mengeluarkan modal yang besar untuk mendapatkan kuantiti yang lebih besar. Biasanya stokis perlu ambil 100 unit stok dari pengeluar produk.

Walaupun modal yang besar, untung juga lebih besar. Ini kerana kuantiti yang banyak itu dibeli pada harga yang lebih murah dari agent atau stokis. Ini bermakna, keuntungan anda lebih besar dari agent dan stokis. Sebab itulah stokis berpeluang menawarkan peluang kepada yang berminat untuk menjadi agent atau dropship.

Kekurangannya pula adalah jika produk terbabit tidak mendapat sambutan atau suam-suam kuku sahaja dalam pasaran. Stokis perlulah menggung kerugian yang lebih besar. High risk high retrun!

apa itu dropship

Kaedah berniaga secara dropship

Kaedah untuk berniaga secara dropship ini anda cuma perlu dapatkan gambar dan info produk dari agent. Kemudian, iklankan produk tersebut di laman sosial seperti facebook, instagram dan lain-lain. Bila ada orang berminat dengan produk yang anda iklankan, anda hanya perlu bagi butiran tempahan tersebut pada agent dan agent tu sendiri yang akan bungkuskan produk dan pos kepada pelanggan anda. Mudah bukan?

Akan tetapi, penting untuk anda cari agent atau stokis yang bertanggungjawab. Ini kerana, jika anda sudah bagi butiran tempahan tapi agent atau stokis tersebut lembab tidak selesaikan tempahan tersebut dengan cepat, anda yang akan kena marah dengan pelanggan. 

Ada pelbagai kes agent atau stokis scammer yang tidak menghantar tempahan pada pelanggan setelah dropship buat tempahan. Akhirnya dropship tersebut yang dicop sebagai scammer atau penipu. Sedangkan dropship tersebut sudah menjalankan tugas yang sepatutnya. Ini sangat-sangat bahaya.

DROPSHIP GAYA BARU. LEBIH SISTEMATIK DAN MENARIK

Oleh itu, pada harini kami ingin tawarkan kepada anda program dropship yang kami rasakan tersangat-sangat menarik. Rasanya ini antara yang pertama di Malaysia. Sangat sesuai untuk mereka yang berminat untuk jadi dropship dengan niat bukan sahaja menjana pendapatan lumayan, malah untuk berkembangan lebih baik dan cepat dalam perniagaan online.

Program dropship yang ingin kami tawarkan kepada anda ini lengkap dengan sistem yang sangat sistematik dari segi pengurusan produk, bahan iklan dan juga yang paling penting dalam pengurusan tempahan.

Adalah lebih dari 50 jenis produk yang anda boleh pilih untuk niagakan. Guna bahan iklan yang telah disediakan. Jika tidak tahu macam mana nak berniaga, anda boleh rujuk tips-tips berniaga online yang disediakan oleh kami. Bila dapat tempahan, terus order melalui sistem sahaja. Dan tracking number pos pelanggan anda juga anda boleh dapatkan terus di sistem setiap hari. Apa yang lebih menarik, perniagaan anda akan semakin berkembang kerana ada banyak program yang ditawarkan untuk anda jadi lebih berjaya dan mejana keuntungan yang lebih tinggi.

Dapatkan maklumat seterusnya di butang di bawah ini.

SAYA INI TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PERNIAGAAN DROPSHIP GAYA BARU